Kadar kebolehpasaran graduan 2021 mengikut bidang pengajian dengan status pekerjaan
View/ Open
Date
2022Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Empat (4) bidang pengajian mencatatkan kadar bekerja melebihi 63.0 peratus iaitu kejuruteraan,
pembuatan & pembinaan (65.0%), pendidikan (65.0%), kesihatan & kebajikan (64.4%) dan perkhidmatan
(63.2%). Walaupun graduan bidang kejuruteraan, pembuatan & pembinaan mencatatkan kadar
bekerja yang sama, namun jumlah respondennya (78,628 graduan) adalah jauh lebih besar daripada
bidang pendidikan (17,905 graduan).
Peratusan tertinggi graduan yang memilih untuk melanjutkan pengajian adalah graduan bidang sains,
matematik & komputer, iaitu sebanyak 26.1 peratus.
Terdapat dua (2) bidang pengajian menunjukkan peratus yang menunggu penempatan pekerjaan
melebihi 9.0 peratus iaitu bidang kesihatan & kebajikan (13.4%) dan pendidikan (9.9%).
Peratus tertinggi belum bekerja dicatatkan oleh graduan bidang pertanian & veterinar, iaitu sebanyak
19.1 peratus (988 graduan). Walau bagaimanapun dari segi bilangan, responden bidang pengajian
sains sosial, perniagaan & perundangan mencatatkan jumlah responden belum bekerja tertinggi, iaitu
seramai 14,665 graduan atau 15.6 peratus.