Pembangunan modal insan: siapakah yang memecahkan ruyungnya?
Abstract
“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik
mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan negara dan
mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani.” Demikianlah petikan kata-kata Perdana Menteri
Malaysia dalam Perutusan Hari Kemerdekaan ke-48 pada 31 Ogos 2005. Kata-kata ini untuk rakyat Malaysia.
Namun begitu dalam konteks membicarakan tentang ilmu pengetahuan pelajar Melayu, ingin di ketengahkan dua
perkara yang saling berkaitan, iaitu budaya membaca dan penggunaan perpustakaan. Daripada penyelidikan yang
dijalankan didapati rakyat Malaysia kurang membaca. Pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi tidak
menjadikan membaca sebagai budaya hidup di samping kurang memanfaatkan kemudahan yang disediakan di
perpustakaan secara fizikal atau secara maya. Natijah daripada situasi ini memberi kesan yang negatif kepada identiti
pelajar Melayu. Pesan orang tua-tua “Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.” Soalnya sekarang
siapakah yang akan memecahkan ruyung ini? Makalah ini membincangkan usaha-usaha yang boleh dipertimbangkan
seperti Program Self Development Group yang berlandaskan Teori Pembangunan Identiti Pelajar Chikering (1976)
yang dijalankan di Universiti Utara Malaysia dan juga melihat peranan perpustakaan dalam menggamit pengunjung
supaya “sagunya” dapat dinikmati.
Collections
- Conference Papers [2599]