• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Perkembangan pendidikan anak-anak Melayu di Melaka: satu imbasan sejarah

    Thumbnail
    View/Open
    Perkembangan Pendidikan Anak-Anak Melayu Di Melaka; Satu Imbasan Sejarah.pdf (99.73Kb)
    Date
    2010-03-29
    Author
    Nor Fazilah, Abdul Hamid
    Nooraini, Sulaiman
    Nor Azilah, Ahmad
    Hanissah, Mohamad
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kerajaan British pada awalnya tidak berhasrat untuk memajukan bidang pendidikan semasa mereka menjajah Tanah Melayu pada abad ke-19. Ini disebabkan pihak British berpendapat bahawa pendidikan khususnya untuk orang-orang Melayu tidak mendatangkan faedah dan dikhuatiri akan menimbulkan kesedaran pada golongan terdidik untuk menentang kerajaan British. Motif asal penjajahan pihak British adalah untuk mengaut kekayaan bumi Melayu menyebabkan mereka tidak mahu mencampuri urusan meningkatkan taraf hidup dan masyarakat pribumi yang dijajahnya itu. Pengalaman penjajahan British di India yang memberi kebebasan pendidikan yang berlebihan kepada rakyat India menyebabkan masyarakat pribumi itu telah bangun menentang pihak penjajah. Pengalaman pahit penentangan rakyat India pada waktu dahulu memperingatkan kepada pihak British supaya mengenepikan soal pendidikan untuk orang Melayu agar tidak timbul penentangan kelak. Namun atas desakan pembesar-pembesar Melayu, pihak pemerintah British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), pihak British merasakan ada baiknya memberikan pendidikan setakat pendidikan rendah untuk orang Melayu. British berpendapat hutang budi mereka kepada Raja-Raja Melayu telah dapat dibayar. Ini adalah balasan kepada Raja Melayu seperti yang dikatakan oleh pegawai British: “Government interest in Malay Education was of course dictated by a sense of duty towards a people with whome the British had assume certain treaty obligations”
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/7935
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback