Show simple item record

dc.contributor.authorSurayah, Hj Bungsu
dc.contributor.authorHumin, Jusilin
dc.date.accessioned2020-12-23T05:17:17Z
dc.date.available2020-12-23T05:17:17Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 779-788en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69134
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractNegeri Sabah merekodkan lebih daripada 35 etnik atau kaum. Kepelbagaian kaum atau etnik mewujudkan kerencaman budaya dari segi makanan dan kuih-muih. Etnik Brunei dalam kajian ini terkenal dengan kuih-muih tradisional dalam pelbagai rupa, bentuk dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Walau bagaimanapun, kepelbagaian jenis kuih tradisional Brunei menampilkan persamaan dengan budaya lain di Sabah. Persamaan ini adalah akibat asimilasi budaya dengan etnik lain yang menyukarkan kita untuk menentukan siapa sebenarnya pemilik budaya dan tradisi ini. Persamaan budaya ini melibatkan bahan dan cara pembuatan kuih-muih yang amat berkait rapat dengan upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap keunikan dan identiti budaya dalam kuih-muih tradisional sehingga ia menjadi simbol dan identiti adat orang Brunei. Simbol dan identiti budaya diterjemahkan menerusi rupa, bentuk dan fungsi estetika yang diwarisi secara turun-temurun. Keunikan kuih tradisi dalam konteks budaya etnik Brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri dan identiti budaya mereka. Kajian lapangan ini melibatkan dua buah kampung etnik Brunei di daerah Beaufort, iaitu di Kampung Weston dan Kampung Lubuk. Data-data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Feldman (1967) yang mencadangkan empat tahap yang sistematik iaitu tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian. Aplikasi pendekatan ini digunakan untuk membincangkan elemen yang bermula daripada teknik pembuatan, bahan, rupa dan bentuk kuih-muih tradisi dalam konteks adat dan budaya etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data daripada lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta kearifan mereka tentang adat dan budaya etnik Brunei. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan adat yang menjelaskan simbol, jati diri dan nilai estetika yang perlu dipelihara.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectEtnik Bruneien_US
dc.subjectSimbolen_US
dc.subjectIdentitien_US
dc.subjectBudayaen_US
dc.subjectKuih tradisionalen_US
dc.titleKuih-muih tradisional etnik Brunei di Sabah: suatu simbol dalam adat dan budayaen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlrinnsuraya_rsb@yahoo.comen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record