Show simple item record

dc.contributor.authorMinah, Sintian
dc.date.accessioned2020-12-23T04:58:23Z
dc.date.available2020-12-23T04:58:23Z
dc.date.issued2019
dc.identifier.citationSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara, 2019, ms 215-228en_US
dc.identifier.isbn978-967-0922-79-9 (online)
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69123
dc.descriptionLink to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/en_US
dc.description.abstractBahasa Kadazandusun dan bahasa Melayu berasal dari rumpun bahasa yang sama, iaitu bahasa Austronesia. Keadaan topografi, spatial dan jarak lokasi penutur merupakan faktor berlakunya perbezaan struktur binaan ayat antara bahasa-bahasa Austronesia. Makalah ini meneliti perbandingan struktur binaan ayat kedua-dua bahasa tersebut. Kajian kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data. Berdasarkan kajian, didapati bahasa Kadazandusun lebih cenderung menggunakan susunan kata jenis kata kerja + subjek + objek (KSO), iaitu mengedepankan kata kerja kemudian disusuli dengan subjek dan objek dalam binaan ayat. Bahasa Melayu pula menyusun kata mengikut jenis subjek + kata kerja + objek (SKO). Ayat dasar kedua-dua bahasa tersebut berasaskan empat pola ayat dasar, iaitu frasa nama + frasa nama, frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif, dan frasa nama + frasa sendi nama. Memandangkan bahasa Kadazandusun mengikut jenis KSO, maka susunan binaan ayat adalah berbentuk songsang, iaitu unsur frasa predikat mendahului frasa subjek. Walau bagaimanapun terdapat ayat dalam bahasa Kadazandusun yang boleh terbentuk menggunakan susunan kata SKO. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti tahap hubungan kekerabatan bahasa Kadazandusun dengan bahasa Melayu. Diharapkan kajian ini menjadi landasan perbincangan pelbagai bidang ilmu bahasa serumpun untuk pengembangan pengetahuan dan pendidikan bahasa peringkat pengajian tinggi ASEAN.en_US
dc.language.isomsen_US
dc.publisherPenerbit UniMAP (UniMAP Press)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19);
dc.subjectBahasa Kadazandusunen_US
dc.subjectBahasa Melayuen_US
dc.subjectBahasa Austronesiaen_US
dc.subjectBinaan ayaten_US
dc.subjectBahasa serumpunen_US
dc.titleStruktur binaan ayat Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Melayu: satu pengenalanen_US
dc.typeArticleen_US
dc.contributor.urlminahsintian@fbk.upsi.edu.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record