• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Bro, Sis… ape cite hari ni?: Fenomena perbualan remaja Malaysia di Facebook

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (778.4Kb)
    Date
    2019
    Author
    Nor Fazilah, Noor Din
    Hishamudin, Isam
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Di sebalik kehebatan dunia Internet tanpa sempadan, komunikasi bersemuka secara perlahan-lahan telah diganti dan dilengkapi dengan komunikasi berperantara dalam media sosial. Populariti media sosial seperti Facebook saban hari menjadi faktor kepada golongan muda (remaja) memasuki ruang siber sebagai salah satu cara mewujudkan jaringan sosial, sehingga mampu membentuk bahasa komunikasi yang tersendiri. Atas pertimbangan tersebut, kertas kerja ini menjelaskan fenomena penggunaan bahasa remaja dengan memperinci aspek pengenalpastian tema perbualan remaja di Facebook. Dengan menjadikan teori Natural Semantic Metalanguage (NSM) sebagai landasan, kajian ini telah menjalankan tinjauan terhadap 200 paparan siaran (Posting) 60 remaja Malaysia, yang terdiri daripada 30 remaja lelaki dan 30 remaja perempuan untuk meneliti tema penulisan remaja di ruang utama status (Post) Facebook. Hasil penelusuran terhadap siaran (posting) menunjukkan tema ekonomi menjadi pilihan remaja Malaysia dalam komunikasi mereka di Facebook. Antara perincian tema yang dapat dikenal pasti dalam tema ini ialah aspek kewangan, taraf hidup, dan pengetahuan. Dapatan kajian boleh digunakan untuk mendedahkan fenomena berbahasa dalam kalangan remaja Malaysia di Facebook. Selain fenomena berbahasa, dapatan ini juga dapat menjelaskan huraian bahasa yang digunakan berdasarkan pembentukan identiti, personaliti, serta emosi remaja Malaysia, dan akhirnya satu pemetaan profil remaja di Malaysia dapat dibentuk.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69075
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback