Status pekerjaan graduan Orang Asli 2018 mengikut peringkat pengajian
Abstract
Kesemua graduan Orang Asli peringkat Ph.D menyatakan mereka telah bekerja semasa konvokesyen.
Peratus kedua tertinggi graduan Orang Asli yang bekerja adalah peringkat sijil, iaitu 57.9 peratus.
Graduan Orang Asli peringkat sarjana mencatat peratus tertinggi yang belum bekerja, iaitu 60.0
peratus, diikuti peringkat ijazah pertama (34.3 peratus) dan peringkat diploma sebanyak 30.5 peratus. Graduan Orang Asli peringkat diploma mencatat 21.0 peratus tertinggi dalam kategori melanjutkan
pengajian.