Tumpuan utama bagi graduan 2018 yang melanjutkan pengajian (warganegara)
Abstract
Majoriti graduan 2018 melanjutkan
pengajian ke satu tahap yang lebih tinggi
daripada sebelumnya. Sebanyak 81.5 peratus graduan sarjana
2018 mendaftar pengajian di peringkat
Ph.D. Bagi graduan ijazah pertama pula,
sebanyak 67.5 peratus melanjutkan
pengajian ke peringkat sarjana. Bagi graduan diploma, sebahagian
besar, iaitu 87.2 peratus menyambung
pengajian ke peringkat ijazah pertama
dan 75.6 peratus graduan sijil ke peringkat
diploma.