Kadar belum bekerja bagi graduan ijazah pertama dan diploma, 2014–2018
Abstract
Rajah 1.8b menunjukkan kadar belum bekerja bagi graduan ijazah pertama dan diploma. Kadar
belum bekerja bagi graduan ijazah pertama menunjukkan trend penurunan dalam tempoh lima tahun,
iaitu dari 31.1 peratus pada tahun 2014 kepada 25.3 peratus pada tahun 2018. Kadar belum bekerja bagi
graduan diploma juga menunjukkan trend penurunan bagi tahun 2015 - 2018, iaitu 22.5 peratus pada
tahun 2015 dan menurun kepada 16.7 peratus pada tahun 2018.