Kadar belum bekerja bagi graduan Ph.D dan Sarjana, 2014–2018
Abstract
Kadar belum bekerja bagi graduan pascaijazah (Ph.D dan sarjana) bagi tahun 2014 hingga 2018
dipaparkan dalam Rajah 1.8a. Kadar belum bekerja menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam
tempoh tersebut bagi graduan Ph.D, iaitu meningkat dari 9.6 peratus pada tahun 2014 kepada 18.1
peratus pada tahun 2018. Manakala peringkat sarjana juga menunjukkan trend yang meningkat, iaitu
daripada 14.9 peratus pada tahun 2014 kepada 16.5 peratus pada tahun 2016, kemudian menurun kepada
13.5 peratus pada tahun 2018.