Statistik Ekonomi Perlis : Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Abstract
Ekonomi Perlis berkembang sebanyak
3.3 peratus berbanding 2.2 peratus pada tahun
2017. Sektor Perkhidmatan mencatatkan
pertumbuhan 4.2 peratus (2017: 4.0%) didorong
oleh subsektor perdagangan borong & runcit,
dan perkhidmatan kerajaan. Sektor Pembinaan
mencatatkan peningkatan memberangsangkan
kepada 20.5 peratus (2017: -42.8%) didorong
oleh segmen pembinaan pertukangan khas
manakala pertumbuhan perlahan bagi sektor
Pertanian sebanyak 1.2 peratus (2017: 4.0%)
adalah dipengaruhi oleh pengurangan bagi
pendaratan ikan laut. Sektor Pembuatan
bertumbuh pada kadar 1.5 peratus berbanding
2.3 peratus pada tahun 2017.