Hubungan personaliti, kemahiran sosial, kebimbangan dan rakan sebaya dengan tingkah laku devian di kalangan pelajar Universiti
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji beberapa faktor iaitu personality, kemahiran social,
kebimbangan dan hubungan rakan sebaya dengan tingkahlaku devian di kalangan pelajar universiti. Bagi mengkaji perbezaan tingkahlaku devian, faktor latar belakang
subjek iaitu jantina dan bangsa digunakan. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan
tingkahlaku devian terhadap tahap pencapaian akademik pelajar. Seramai 210 responden telah dijadikan sampel untuk mewakili populasi. Satu set soal selidik yang
merangkumi latar belakang, ukuran personaliti, kemahiran sosial, kebimbangan, dan hubungan rakan sebaya digunakan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Ujian-t,
Korelasi Pearson, dan ANOVA Sehala. Keputusan kajian menunjukkan terdapat
hubungan secara signifikan di antara pembolehubah personaliti, kemahiran sosial, dan hubungan rakan sebaya dengan tingkahlaku devian. Pembolehubah kebimbangan menunjukkan tidak wujud hubungan dengan tingkahlaku devian. Faktor latar belakang iaitu jantina dan bangsa menunjukkan terdapat perbezaan tingkahlaku devian, manakala faktor tahap pencapaian akademik menunjukkan tidak wujud hubungan dengan pengaruh tingkahlaku devian.
Collections
- Conference Papers [2600]