Media dan Khalayak : Interaktiviti dan Impak
View/ Open
Date
2018Author
Mohd Helmi, A.Rahim (Editor)
Wan Amizah, Wan Mahmud (Editor)
Maizatul Haizan, Mahbob (Editor)
Metadata
Show full item recordAbstract
Media dan Khalayak: Interaktiviti dan Impak adalah penulisan ilmiah yang padat dengan maklumat dan pengetahuan yang dapat dirujuk dalam konteks bidang komunikasi. Buku ini memuatkan 10 topik yang mengupas isu-isu yang berkaitan fenomena interaktiviti dan impak dalam media dan khalayak. Buku ini memaparkan isu-isu semasa yang berkaitan media dan khalayak, khususnya berkaitan interaktiviti dan impak dalam bidang media dan komunikasi, dengan tumpuan khusus diberikan kepada transformasi dan hala tuju yang sedang dan bakal berlaku. Semua topik menyentuh beberapa isu berkaitan media elektronik dan sosial remaja, bidang perfileman dan kewartawanan serta bidang muzik dalam kalangan remaja. Dengan penerbitan buku ini adalah diharapkan dapat memberi panduan dan rujukan kepada para pembaca terutamanya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan media dan khalayak.
Collections
- Books [132]