Show simple item record

dc.contributor.authorShuhairimi, Abdullah
dc.contributor.authorNur Salimah, Alias
dc.contributor.authorHuzili, Hussin
dc.contributor.authorNoor Salwani, Hussin
dc.date.accessioned2016-05-16T08:21:19Z
dc.date.available2016-05-16T08:21:19Z
dc.date.issued2014
dc.identifier.citationJournal of Human Development and Communication (JoHDEC), vol.3( Special Issue), 2014, pages 131-140en_US
dc.identifier.issn2289-2702
dc.identifier.urihttp://johdec.unimap.edu.my/
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/41578
dc.descriptionLink to publisher's homepage at http://johdec.unimap.edu.myen_US
dc.description.abstractNur kebenaran yang terpancar daripada isi kandungan al-Quran dan al- Sunnah mengandungi asas-asas keluhuran pembentukan peradaban sebagai panduan asas untuk diikuti oleh seluruh manusia. Al-Quran dan al-Sunnah menyeru semua masyarakat supaya kembali kepada pemikiran rasional dan realistik dan menyangkal pemikiran yang diikat dengan fahaman animisme, paganisme dan “syncretism”. Sebagai kitab yang paling sempurna diciptakan oleh Allah, maka al-Quran merupakan obor kebenaran yang menerangi likuliku kehidupan yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Begitu juga al-Sunnah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui petunjuk Ilahi menjadi petunjuk kepada manusia untuk menguruskan sistem kehidupan. Sejarah telah mencerahkan bahawa pengajaran yang terkandung dalam al- Quran dan al-Sunnah telah memberi impak yang positif terhadap kebudayaan Melayu. Ajaran Islam yang telah berstimulasi dalam kebudayaan Melayu telah menimbulkan satu gelombang yang hebat dalam menggerakkan proses merevolusi sistem pandangan hidup masyarakat yang telah memalingkan dari alam seni mitos yang khayal kepada pembentukan alam akal dan budi yang menuntut kepada kaedah tertib yang teratur. Islam telah mengubah lanskap kebudayaan Melayu kepada kepercayaan rasionalisme dan pengetahuan akliah. Manifestasi ini dizahirkan melalui sistem masyarakat yang berasaskan kepada kebebasan, keadilan dan kemuliaan keperibadian insan. Justeru itu, penelitian yang lebih kritis dan saintifik terhadap impak pengajaran al-Quran dan al-Sunnah terhadap perkaitannya dalam memperkasakan bangsa Melayu perlu dilakukan. Kajian yang dijalankan ini adalah bersifat kualitatif dengan mengkaji persejarahan Islam bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat tentang aspek budaya dan pemikiran serta realiti hidup masyarakat Melayu kini. Natijahnya, ajaran al-Quran dan al-Sunnah telah berjaya mewarnai sistem kepercayaan, falsafah, bahasa, sejarah dan kesenian masyarakat Melayu. Sifat dan hakikat kecemerlangan kebudayaan Melayu tidak dapat dijuzukkan daripada pengajaran Islam. Apa yang nyata, umat Melayu akan terus unggul dan berdaya saing sekiranya berpegang teguh dengan pegangan al-Quran dan al- Sunnah.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherCenter for Communication Technology And Human Development (UniMAP)en_US
dc.subjectAl-Quranen_US
dc.subjectal-Sunnahen_US
dc.subjectMelayuen_US
dc.subjectKebudayaan dan Islamen_US
dc.titlePemerkasaan al-Quran dan al-Sunnah penyumbang kepada kecemerlangan Tamadun Melayu: satu analisisen_US
dc.typeArticleen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record