Pengurusan harta dalam Islam: perspektif hibah di Malaysia
Date
2014Author
Alias, Azhar
Mohammad Azam, Hussain
Muhammad Hafiz, Badarulzaman
Fauziah, Mohd Noor
Metadata
Show full item recordAbstract
Jaminan kejayaan hidup di dunia dan akhirat akan tercapai sekiranya setiap insan mengurus dan mengatur kehidupannya berteraskan hukum dan syariat Islam. Harta dan kuasa merupakan amanah Allah yang perlu diuruskan dengan bijak dan berlandaskan SyariatNya. Secara ringkasnya, pengurusan harta secara Islam bermatlamat memperolehi hasanah di dunia dan akhirat. Syariat Islam yang syumul turut menggariskan panduan lengkap berkaitan pengurusan harta selepas kematian melalui undang-undang Pusaka Islam yang lengkap dan sistematik berkaitan pengagihan harta melalui instrumen wasiat, Hibah dan wakaf. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan memfokuskan kepada instrumen Hibah dalam undang-undang pusaka Islam meliputi isu hukum dan realiti aplikasinya di Malaysia. Hibah merupakan elemen pengagihan harta terkandung dalam konsep pengurusan harta secara Islam. Hibah perlu difahami secara mendalam aspek konsep dan aplikasinya dari segi hukum dan cara pelaksanaan. Selepas kematian pihak yang menghibahkan harta mereka, sering timbul pertikaian dalam kalangan pihakpihak terbabit sehingga menyukarkan penyelesaian harta pusaka. Oleh itu, sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati kehendak syarak, maka nasib golongan yang ada hak dan berhak pasti terbela.