• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Faktor kejayaan yang kritikal (CSF) terhadap perlaksanaan TSM dalam industri pembuatan di Malaysia

    Thumbnail
    View/Open
    Paper 38.pdf (98.56Kb)
    Date
    2009-12-01
    Author
    Syed Abdul Hamid, Syed Hassan
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Sistem keselamatan yang efektif amat penting untuk memastikan sesebuah organisasi kekal berdaya saing dengan ertikata dapat menepati masa respons, menjimatkan kos dan meningkatkan imej syarikat tanpa masalah keselamatan dan kesihatan yang timbul dalam syarikat. Pengurusan keselamatan menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) merupakan satu sistem pengurusan alternatif yang dapat membantu majikan dalam membuat sebarang keputusan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Namun, kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti faktor kejayaan yang kritikal atau Critical Success Factor (CSF) bagi menjayakan perlaksanaan TSM dalam organisasi. Kajian soalselidik telah dibuat terhadap 237 orang pakar KKP dari industri pembuatan yang terdapat di seluruh negeri di Malaysia. Sebanyak enam (6) faktor atau CSF telah dikenalpasti melalui kajian literatur. Objektif kajian bermula dengan menentukan sejauhmana kepentingan faktor kejayaan yang kritikal atau critical success factor (CSF) dalam TSM, mengenalpasti faktor yang menjadi penyumbang utama kepada daya saing dan mengenalpasti kolerasi di antara CSF Keputusan kajian menunjukkan TSM berpotensi besar menyumbang kepada daya saing, kesemua faktor amat penting dalam menjayakan TSM sama ada sebagai faktor utama atau faktor sokongan. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (PKK) merupakan faktor penyumbang utama kepada daya saing sementara lain-lain faktor merupakan penyokong kepada PKK semasa perlaksanaan TSM. Oleh itu TSM boleh dilaksanakan dengan jayanya terutama bagi industri pembuatan yang menggajikan PKK dalam organisasi mereka.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/37428
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback