• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Amalan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) dalam industri pembuatan di Malaysia

    Thumbnail
    View/Open
    Paper 33.pdf (78.10Kb)
    Date
    2009-12-01
    Author
    Syed Abdul Hamid, Syed Hassan
    Rozlina, Md Sirat
    Mat Rebi, Abdul Rani
    Kuan Yew, Wong
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Sistem Pengurusan Keselamatan Menyeluruh atau Total Safety Management (TSM) merupakan konsep pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) alternatif yang baru diperkenalkan dan mula diamalkan dalam industri pembuatan di Malaysia. Umumnya majoriti (63%) pihak industri di Malaysia mengamalkan sistem berasaskan konvensional iaitu berteraskan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Akta 139) dan amat sedikit (8%) yang mendakwa mereka telah mengamalkan TSM. Sedangkan TSM adalah pengurusan berasaskan kesedaran semua pihak dilihat sebagai satu keperluan bagi memastikan syarikat pembuatan kekal bersaing dalam dunia globalisasi. Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian yang dibuat terhadap 237 buah syarikat pembuatan yang mewakili seluruh negeri di Malaysia di mana hampir separuh industri (41.8%) menyatakan amat minat untuk melaksanakan TSM di tempat kerja mereka. Objektif kajian bermula dengan menentukan sejauhmana amalan terhadap faktor kejayaan yang kritikal atau critical success factor (CSF) dalam TSM, mengenalpasti faktor yang menjadi penyumbang utama kepada daya saing dan mengenalpasti kolerasi di antara CSF. Keputusan kajian menunjukkan faktor kritikal dalam TSM telah diamalkan pada tahap “memuaskan” dan “sederhana memuaskan”. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (PKK) terbukti merupakan faktor pendorong utama kepada kejayaan pengamalan TSM yang berdaya saing sementara lain-lain faktor merupakan faktor penyokong kepada PKK semasa perlaksanaan TSM. Hasil kajian juga menunjukkan faktor PKK telah menyumbang sebanyak 12% kepada daya saing hasil sokongan lain-lain faktor (CSF).
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/dspace/handle/123456789/37423
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback