Show simple item record

dc.contributor.authorAsiah, Sarji, Prof. Dr.
dc.date.accessioned2013-12-20T08:40:49Z
dc.date.available2013-12-20T08:40:49Z
dc.date.issued2013-06-05
dc.identifier.citationp. 263-280en_US
dc.identifier.isbn978-967-5415-57-9
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/30703
dc.descriptionSeminar Raja Melayu (SIRaj) 2013 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis pada 5-6 Jun 2013 bertempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.en_US
dc.description.abstractMedia telah dikenali selepas Perang Dunia Pertama sebagai alat penguasaan minda yang sangat efektif bagi semua kelompok masyarakat dunia dalam menyampaikan mesej sama ada di Amerika Syarikat mahupun di negara-negara lain di Eropah, khususnya penyiaran radio. Ini kerana penyiaran radio tidak memerlukan celik huruf untuk mendekati dan menghayati kandungannya. Kertas ini memaparkan hasil kajian yang dilakukan terhadap penyiaran radio sewaktu zaman Jepun dalam konteks memperkasakan agama Islam dan adat Melayu di sepanjang tempoh pendudukan tentera Jepun (PTJ) dari tahun 1942-1945. Kertas ini menggunakan hasil kajian tersebut bagi mengesan sejauhmanakah keputusan persidangan raja-raja Melayu yang dianjurkan oleh pihak Pentadbiran Tentera Jepun (PTJ) yang diadakan di Singapura dalam tahun 1943 diaplikasi melalui radio yang ditadbirkan oleh pihak PTJ. Landasan kajian ini adalah pertama, negara Jepun melalui stesen radionya, NHK, memang melaksanakan fungsi pembangunan dalam pendekatan, penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangannya. Kedua, hampir semua kajian-kajian lalu menunjukkan bahawa dasar PTJ terhadap orang Melayu adalah positif berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Persoalan pertama kajian ini adalah sejauhmanakah institusi raja-raja pada waktu itu mempengaruhi pentadbir penyiaran radio dalam strategi penyiaran rancangan-rancangan yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Persoalan lain adalah adakah sikap PTJ terhadap raja-raja Melayu itu mempengaruhi pembentukan dan penyiaran rancangan-rancangan berbahasa Melayu, Islam dan adat istiadat melalui Radio Shonan yang ditadbirkan oleh PTJ. Hasil kajian dan analisis yang dibuat mendapati dasar PTJ terhadap rajaraja Melayu mempunyai landasan yang kukuh dalam konteks penghormatan terhadap sistem raja. Walaupun dalam banyak keadaan, landasan sikap ini bertentangan dengan pendekatan penaklukan yang cuba dilaksanakan yang mana akhirnya dalam tahun 1943-1944 sikap ini terserlah yang mempamerkan bahawa pemerintah kerajaan Jepun mempunyai sikap yang positif dan menghormati institusi ini khususnya yang berkaitan dengan kuasa terhadap pengurusan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Kenyataan ini disokong dengan data mengenai penyiaran rancangan berbahasa Melayu, penyertaan orang Melayu dalam penyiaran serta kekerapan menyiarkan rancangan-rancangan berunsur Islam yang didapati jauh lebih tinggi daripada rancangan berbahasa lain terutamanya dalam tahun 1943 dan 1944. Rumusannya ialah terdapat keselarian yang strategik antara sikap PTJ terhadap institusi raja-raja dengan kandungan rancangan-rancangan radio yang ditadbirkan oleh PTJ sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua itu.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)en_US
dc.relation.ispartofseriesProsiding Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013;
dc.subjectPendudukan Tentera Jepunen_US
dc.subjectPenyiaran radioen_US
dc.subjectKetuanan Melayuen_US
dc.subjectMediaen_US
dc.subjectRaja Melayuen_US
dc.titlePendudukan Jepun, penyiaran radio dan Ketuanan Melayuen_US
dc.typeWorking Paperen_US
dc.publisher.departmentPusat Kajian Institusi Raja Malaysiaen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record