• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Jenayah siber dalam kalangan wanita di Malaysia: Satu tinjauan awal

    Thumbnail
    View/Open
    Access is limited to UniMAP community (164.7Kb)
    Date
    2012-11-20
    Author
    Suzana, Sulaiman
    Ku Amir, Ku Daud
    Nor Suhaila, Che Pam
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Pengguna internet semakin terdedah kepada penjenayah siber yang sentiasa mengambil peluang dan kesempatan. Dunia tanpa sempadan kini merupakan lubuk kepada penjenayah siber bagi melancarkan agenda mereka kepada pengguna yang leka dan tidak berhati-hati khususnya golongan wanita. Kajian ini dijalankan secara kualitatif, iaitu data diperolehi melalui kajian perpustakaan, teks seperti jurnal, buku-buku, tesis, keratan-keratan akbar dan dasar-dasar serta strategi-strategi yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi mengekang permasalahan ini. Terdapat dua tujuan yang menjadi fokus utama kajian ini, iaitu untuk mengkaji punca berlaku peningkatan mangsa wanita dalam jenayah siber dan mengenal pasti tindakan pencegahan serta penyelesaian terhadap peningkatan kadar mangsa jenayah siber dalam kalangan wanita. Sekiranya dahulu terdapat banyak kes jenayah siber yang melibatkan teknikal dan mereka yang pakar dalam pengkomputeran seperti malware, botnet dan virus, tetapi kini jenayah siber menjurus kepada aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai jenis penipuan. Antaranya sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya seperti operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti bagi tujuan yang tidak sihat. Hal ini berpunca daripada kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan komputer dan telefon bimbit telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia ditipu oleh sindiket jenayah siber ini di samping keghairahan untuk mendapatkan seramai mungkin rakan di laman media sosial sehingga mencecah beribu-ribu orang. Pelbagai kesukaran dihadapi oleh pihak berkuasa dalam mencari bahan bukti yang nyata untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah siber. Langkah-langkah pencegahan dan penyelesaian juga digiatkan pihak berkuasa bagi membendung peningkatan jumlah kes jenayah siber di Malaysia. Keprihatinan dan kesedaran golongan wanita terhadap ancaman jenayah siber amat penting agar mereka lebih berhati-hati bagi mengelakkan wanita terus menjadi mangsa keadaan.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/30616
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback