Raja sebagai ‘Ulil ‘Amri dan tradisinya di Negeri Perlis: perspektif Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jama’ah
Abstract
Kedatangan Islam ke alam Melayu sesungguhnya telah memperteguh kedaulatan
Institusi Raja. Agama Islam yang kekal dianuti oleh bangsa Melayu sehingga ke hari
ini mengiktiraf kekuasaan para Raja sebagai juzuk daripada manhaj Ahlis Sunnah
Wal Jama’ah, terutamanya prinsip al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (penolakan).
Justeru daripada devaraja, Institusi Raja yang diislamkan telah mengalami
transformasi kepada ‘Ulil Amri (pemegang urusan pemerintahan). Di Negeri Perlis,
raja-rajanya daripada Dinasti Jamalullail yang dinasabkan kepada Ahl al-Bait
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihiwas Sallam, tidak terkecuali daripada memiliki tradisi
tersendiri dalam pengamalan konsep Raja sebagai ‘Ulil Amri. Unggul dan tersendiri
sekiranya dibandingkan dengan pengalaman kerajaan-kerajaan Melayu yang lain,
Institusi Raja Negeri Perlis memikul tanggungjawab besar selaku payung negeri
pelindung utama kepada manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah yang bertunjangkan al-
Qur’an, bersendikan al-Sunnah dan berpasak kukuh kepada jalan para Sahabat
Ridwanullahi ‘Alaihim Ajmain. Justeru kertas kerja ini mempersembahkan sudut
pandang manhaj Ahlis Sunnah Wal Jama’ah terhadap Institusi Raja sebagai ‘Ulil
Amri serta pengamalannya di Negeri Perlis.
Collections
- Conference Papers [2599]