• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Memahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik

    Thumbnail
    View/Open
    MEMAHAMI KEDUDUKAN ISLAM DA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN.pdf (4.398Mb)
    Date
    2012-03-29
    Author
    Nik Yusri, Musa
    Aminurraasyid, Yatiban
    Nazri, Muslim
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kertas kerja ini membicarakan perkara yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu sebagaimana peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai suatu subjek yang sangat penting untuk difahami dalam usaha menilai cabaran dan perkembangan Pendidikan Melayu. Peruntukan Islam sebagai agama persekutuan, hak kebebasan beragama, penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan pembentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu. Manakala peruntukan orang Melayu seperti kedudukan istimewa orang Melayu, tanah rizab Melayu, Rejimen Askar Melayu di Raja dan persempadanan kawasan pilihanraya. Analisis menunjukkan Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi iajuga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, II, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Manakala analisis menunjukkan peruntukan orang Melayu bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadua! Ketiga belas mengenai persempadanan kawasan pilihanraya. Kesimpulan secara umumnya menunjukkan bahawa Islam dan orang Melayu mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia. Orang Melayu pula mempunyai kelebihan dari orang bukan Melayu serta dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apakah situasi tersebut menggugat keadilan atau kesamarataan yang perlu dikecapi bersama oleh rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya? Bagaimana impak kefahaman ini mampu diterjemah dalam mendepani cabaran pendidikan Melayu yang turnt berkait langsung dengan kepelbagaian etnik yang sedia ada di tanah air? Perbincangan kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama mengenai peruntukan Islam dalam perlembagaan dan bahagian kedua menyentuh tentang peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan. Perbincangan dalam kertas kerja ini juga akan memfokuskan perspektif hubungan etnik di Malaysia kerana kedua-dua perkara ini iaitu Islam dan Melayu dalam perlembagaan sentiasa menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/21257
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Related items

    Showing items related by title, author, creator and subject.

    • Warisan kearifan tempatan Melayu-Islam di Malaysia: analisis terhadap penggunaannya untuk konteks dunia 

      Rahimin Affandi, Abd Rahim, Prof, Madya, Dr,; Zulkifli, Dahalan; Nor Hayati, Md Dahlal; Abdul Hadi, Ab. Rahman (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
      Kertas kerja ini akan menganalisis konsep kearifan tempatan masyarakat Melayu yang terhasil akibat interaksi Islam dengan kebijaksanaan akal manusia melayu sejak zaman berzaman. Kesemua pengetahuan yang dihasilkan oleh ...
    • Komunikasi Berimplikatur: Fungsi dan peranannya dalam masyarakat Melayu tradisional berdasarkan teks Sejarah Melayu 

      Mohd Aris, Anis; Ahmad, Esa (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
      Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan seni berbahasa khasnya komunikasi. Walau bagaimanapun kajian mengenai komunikasi berimplikatur amat kurang dijalankan. Penggunaan komunikasi berimplikatur dalam masyarakat Melayu ...
    • Kelangsungan tulisan jawi dalam era globalisasi: satu analisis 

      Shuhairimi, Abdullah (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
      Tulisan jawi adalah sebahagian daripada korpus warisan sejarah Melayu yang kaya dengan nilai seni dan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu lebih luas pengaruhnya dan berperanan amat penting untuk merakamkan ...

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback