Show simple item record

dc.contributor.authorHamiza, Omar
dc.contributor.authorHirwan Jasbir, Jaafar
dc.date.accessioned2012-10-08T08:52:08Z
dc.date.available2012-10-08T08:52:08Z
dc.date.issued2012-03-29
dc.identifier.citationp. 160-175en_US
dc.identifier.urihttp://dspace.unimap.edu.my/123456789/21246
dc.descriptionSeminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kerajaan Negeri Perlis, 29 - 31 Mac 2012 Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya, Malaysia.en_US
dc.description.abstractKajian ini memberikan tumpuan terhadap tahap amalan kepimpinan pengajaran pengetua dari segi pengamalan dimensi kepimpinan pengajaran antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Kajian ini dilaksanakan di 5 buah sekolah berkesan dan 5 buah sekolah kurang berkesan yang terdapat di negeri Perlis. Satu set borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut secara rawak bebas. Sebanyak 350 borang soal selidik telah diedarkan dan jumlah yang diterima semula adalah sebanyak 322. Seramai 164 orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah berkesan dan selebihnya iaitu serarnai 158 Orang responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah kurang berkesan telah mengisi borang soal selidik. Sebanyak lima hipotesis alternatif telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik min dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam dimensi mentafsir dan menyampaikan matlamat, dimensi mengurus kurikulum dan pengajaran dan dimensi memupuk iklim pembelajaran yang positif antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Manakala bagi dimensi mencerap dan memberi maklum balas kepada guru dan dimensi menilai program pengajaran, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. Secara keseluruhannya, statistik deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap pengamalan tingkah laku kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan adalah lebih tinggi iaitu pada min (M=3.80, SD=.59) berbanding sekolah kurang berkesan iaitu pada min (M=3.62, SD= .50). Kesimpulannya, pengetua di sekolah berkesan mengamalkan tingkah laku kepimpinan pengajaran lebih tinggi berbanding pengetua sekolah kurang berkesan.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)en_US
dc.relation.ispartofseriesSeminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2012en_US
dc.subjectSeminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA)en_US
dc.subjectMelayuen_US
dc.subjectKepimpinan pengajaranen_US
dc.subjectSekolah berkesan & sekolah tidak berkesanen_US
dc.titleAmalan kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesanen_US
dc.typeWorking Paperen_US
dc.contributor.urlhamizaomar@yahoo.comen_US
dc.contributor.urlhirwan@unimap.edu.myen_US


Files in this item

Thumbnail

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record