Bibliometrik sebagai indikator universiti penyelidikan Malaysia
Abstract
Penerbitan merupakan antara indikator yang penting dalam sistem penarafan
institut pengajian tinggi (IPT) dan audit universiti penyelidikan. Antara jenis
penerbitan terpenting yang dinilai adalah makalah jurnal, buku, prosiding, bab
dalam buku, kertas kerja dan sebagainya, manakala indikator yang diukur pula
adalah bilangan penerbitan, jumlah faktor impak dan bilangan sitasi yang
diterima oleh makalah jurnal. Ini menjadikan pengetahuan mengenai bibliometrik
menjadi sangat relevan dan mesti dikuasai oleh pustakawan. Penguasaan ini
amat penting agar laporan bibliometrik yang disediakan oleh IPT dalam
penarafan mahupun audit universiti penyelidikan adalah jelas, tepat dan lengkap.
Sehubungan itu, kertas ini cuba berkongsi pengalaman Perpustakaan UKM
dalam menyediakan laporan bibliometrik termasuk data-data sitasi bagi tujuan
audit universiti penyelidikan Malaysia.
Collections
- Conference Papers [2600]