Penentu pemilikan rumah menggunakan analisis komponen prinsipal
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
penentu utama yang mempengaruhi pemilikan rumah
di Malaysia. Sebanyak 8 faktor iaitu populasi,
penduduk bekerja, pekerja profesional, pekerja
kategori ijazah dan ke atas, harga rumah teres satu
tingkat, harga rumah teres dua tingkat, KDNK dan
penduduk bandar dianalisis bagi mencari penentu
utama pemilikan rumah. Pengurangan faktor
dilakukan dengan menggunakan Analisis Komponen
Prinsipal (AKP) bagi mendapatkan penentu utama.
Didapati populasi, penduduk bekerja, pekerja
profesional, pekerja ijazah ke atas dan penduduk
bandar menjadi penentu/komponen utama dalam
permintaan rumah di Malaysia.
Collections
- Conference Papers [2600]