• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • Professional Associations
    • IEM Journal
    • View Item
    •   DSpace Home
    • Professional Associations
    • IEM Journal
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Pengesanan kerosakan dalam rangkaian FTTH dengan keupayaan pemprosesan GUI perisian MATLAB

    Thumbnail
    View/Open
    059-064Pengesahan Rangkaian FTTH 3pp.pdf (2.008Mb)
    Date
    2010-06
    Author
    Ng, Boon Chuan
    Mohammad Syuhaimi, Ab-Rahman
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Kajian ini menekankan pembangunan antaramuka pengguna bergrafik (GUI) untuk Sistem Pengesanan Kerosakan Terpusat (CFDS) dengan menggunakan perisian MATLAB untuk meningkatkan keberkesanan, kelengkapan dan keboleharapan rangkaian capaian gentian ke rumah (FTTH). Program yang dibangunkan ini akan ditempatkan di pejabat pusat (CO) untuk memantau setiap talian penghantaran dan mengesan kerosakan yang berlaku dalam sistem rangkaian tersebut secara terpusat. Peralatan OTDR (Optical Time Domain Reflectometer) digunakan dalam proses menganalisa pengecilan (kehilangan) gentian optik. CFDS akan berantaramuka dengan OTDR untuk mengumpulkan semua hasil pengukuran OTDR dan menghasilkan multi paparan pada suatu masa untuk pemantauan secara terpusat. Program yang dibangunkan ini akan mempersembahkan visualisasi bergrafik dan parameter-parameter setiap talian optik termasuk kuasa optik, kehilangan, pengecilan yang berlaku dalam rangkaian tersebut berserta dengan lokasi elemen yang mendorong pengecilan kuasa tersebut dan maklumat-maklumat lain seperti mana yang terpapar pada skrin OTDR. Dengan ini, sebarang kerosakan yang berlaku dalam sistem rangkaian boleh dikesan dan ditentukan dengan kehilangan kuasa optik yang mendadak. Seterusnya status dan maklumat kerosakan dalam sistem rangkaian tersebut akan dihantar kepada jurutera tapak melalui teknologi wayarles untuk mengambil tindakan yang sewajar.
    URI
    http://www.myiem.org.my/content/iem_journal_2010-181.aspx
    http://dspace.unimap.edu.my/123456789/13699
    Collections
    • IEM Journal [310]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback