Status pekerjaan keseluruhan graduan kolej komuniti tahun 2019
View/ Open
Date
2020Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Pada tahun 2019, kadar kebolehpasaran graduan kolej komuniti meningkat kepada
97.8% berbanding 96.6% pada tahun 2018. Peningkatan kadar kebolehpasaran
ini didorong oleh kecenderungan graduan melanjutkan pengajian iaitu kepada 22.7%
pada tahun 2019 berbanding 17.4% pada tahun sebelumnya. Manakala kadar bekerja
menurun sebanyak 4% iaitu kepada 74.4% pada tahun 2019 berbanding tahun 2018
(78.4%).
Kadar kebolehpasaran graduan lelaki dan perempuan adalah sama iaitu 97.8%. Walau
bagaimanapun, kadar bekerja graduan perempuan (77.7%) lebih tinggi berbanding
lelaki (71.8%). Graduan lelaki lebih cenderung melanjutkan pengajian iaitu sebanyak
25.3% berbanding perempuan (19.5%).