Eksport barangan mengikut komoditi utama Perlis, 2015-2021p
Abstract
Antara eksport barangan utama Perlis pada tahun 2021 adalah
pakaian dan segala kelengkapan pakaian terpilih yang bernilai
RM326 juta dengan pertumbuhan negatif 5.8 peratus. Barangan
elektrik dan elektronik yang lain pula meningkat 11.7 peratus dan
oleokimia berasaskan kelapa sawit meningkat kepada RM38 juta.
Seterusnya, kapur, simen dan bahan-bahan binaan buatan
meningkat 97.4 peratus dan sarung tangan getah meningkat
98.8 peratus.