Statistik utama pelancongan domestik, Perlis, 2017 dan 2018
Abstract
Perlis menerima seramai 2.16 juta pelawat1 domestik pada tahun 2018 dengan
pertumbuhan sebanyak 52.5 peratus. Sementara itu, jumlah perjalanan yang
direkodkan adalah sebanyak 2.82 juta berbanding 1.76 juta perjalanan pada tahun
sebelumnya.
Sejumlah RM617 juta telah dibelanjakan oleh pelawat domestik semasa berkunjung
ke Perlis dengan peningkatan sebanyak 30.0 peratus berbanding tahun 2017.
Purata terimaan per perjalanan pada 2018 adalah RM219 (2017: RM270). Purata
bilangan hari menginap di Perlis pada 2018 adalah 2.32 hari berbanding 2.00 hari
pada tahun sebelumnya