Kadar belum bekerja mengikut peringkat pengajian bagi graduan UA, 2015 – 2019
View/ Open
Date
2020Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Rajah 1.9b memaparkan kadar belum bekerja bagi graduan UA mengikut peringkat pengajian
bagi tahun 2015 hingga 2019. Kadar belum bekerja bagi graduan pascaijazah menunjukkan trend yang
meningkat bagi tahun 2015 dan 2016, kemudian menurun pada tahun 2017 hingga 2019. Sebaliknya kadar
belum bekerja bagi graduan ijazah pertama UA menunjukkan trend yang menurun, iaitu daripada 28.9
peratus pada tahun 2015 kepada 25.6 peratus pada tahun 2016, kemudian meningkat sedikit pada tahun
2017 kepada 26.7 peratus dan selepas itu menurun kepada 13.3 peratus pada 2019. Bagi graduan diploma,
kadar belum bekerja juga menunjukkan trend menurun bermula tahun 2015 sehingga 2017, kemudian
meningkat sebanyak 1.6 peratus pada tahun 2018 dan menurun kepada 10.1 peratus pada tahun 2019.