Keluaran keseluruhan graduan, bilangan IPT dan kadar respons bagi tahun 2015 – 2019
View/ Open
Date
2020Author
Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Metadata
Show full item recordAbstract
Pada tahun 2019, Kajian Pengesanan Graduan telah diperluaskan lagi kepada graduan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) tahap 1, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). ILKA mula menyertai kajian ini bermula
tahun 2018 dengan penyertaan keluaran SKM tahap 3. Bilangan IPT yang menyertai Kajian Pengesanan
Graduan pada tahun 2019 meningkat kepada 884 IPT, berbanding 702 IPT pada tahun 2018. Keluaran
graduan turut meningkat dalam tempoh lima tahun, iaitu dari 273,373 graduan pada tahun 2015 kepada
346,686 pada tahun 2019. Kadar respons secara keseluruhan terus meningkat dari tahun ke tahun, iaitu
daripada 86.8 peratus pada tahun 2015 kepada 89.1 peratus pada tahun 2019 (Rajah 1.1).