Bilangan tenaga buruh dan penduduk bekerja, Perlis, 2019 dan 2020
Abstract
Tenaga buruh di Perlis merekodkan penurunan daripada 112.2 ribu orang pada 2019 kepada 110.3 ribu orang pada 2020. Dalam tempoh yang sama, bilangan penduduk bekerja turut berkurang kepada 105.6 ribu orang daripada 108.5 ribu orang. Penurunan penduduk bekerja di negeri Perlis adalah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan langkah-langkah kawalan penularan COVID-19.