Statistik penting pelancongan domestik, Perlis, 2018 dan 2019
Abstract
Prestasi pelancongan domestik di Perlis perlahan pada 2019 disebabkan oleh
penurunan bilangan kedatangan pelawat domestik dan jumlah terimaan
pelancongan domestik. Bilangan kedatangan pelawat domestik ke Perlis adalah
seramai 2.1 juta orang pada tahun 2019 iaitu menurun sebanyak 3.2 peratus
berbanding tahun sebelumnya (2018: 2.2 juta orang). Seterusnya, Paparan 1
menunjukkan jumlah perjalanan turut menurun kepada 2.7 juta perjalanan
berbanding 2.8 juta perjalanan yang direkodkan pada tahun 2018.