Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan : satu kajian perbandingan antara penjara
View/ Open
Date
2020Author
Azahar, Che Latiff
Puteri Hayati, Megat Ahmad
Wan Anor, Wan Sulaiman
Mohd Dahlan, A. Malek
Metadata
Show full item recordAbstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi
Integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif di
dalam penulisan ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi tiga integrasi
teori dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client
Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Reality Therapy (RT).
Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling
kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 80 orang banduan
murung (40 rawatan; 40 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai
responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenal pasti
sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur
Beck Depression Inventory (BDI). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan
adalah ujian non-parametrik, iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank. Hasil
kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan
mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam
kemurungan. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila
kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurunan dari pra program kepada pasca
program lebih besar berbanding kumpulan kawalan.