Amalan memberikan maklum balas prestasi dan keberkesanannya dalam kalangan pegawai penilai dan pegawai yang dinilai yang berkhidmat di sekolah menengah
View/ Open
Date
2020Author
Majelan, Sulong
Rusli, Ahmad
Nur Fatihah, Abdullah Bandar
Metadata
Show full item recordAbstract
Artikel ini bertujuan mencadangkan satu model kerangka teori kajian yang mengkaji hubungan di antara amalan memberikan maklum balas prestasi dan keberkesanannya dalam kalangan pegawai penilai (PP) dan pegawai yang dinilai (PYD) yang berkhidmat di sekolah menengah (SM) di Malaysia. Kajian ini mengemukakan tujuh pemboleh ubah bebas, iaitu kebolehpercayaan sumber, kualiti maklum balas, penyampaian maklum balas, maklum balas membina, maklum balas tidak membina, ketersediaan sumber dan menggalakkan pencarian maklum balas, manakala keberkesanan maklum balas prestasi sebagai pemboleh ubah bersandar. Di samping itu, perbincangan tentang Feedback Environment Scale (FES) memainkan peranan dalam pembentukan kerangka konseptual kajian ini turut dibincangkan. Secara umumnya, kajian ini menjelaskan bahawa keberkesanan amalan maklum balas prestasi mampu dipertingkatkan sekiranya gabungan antara anteseden yang dicadangkan berada dalam keadaan yang mantap. Artikel ini sesuai dijadikan rujukan dalam bidang pengurusan sumber manusia dan pengurusan pendidikan.
Collections
Related items
Showing items related by title, author, creator and subject.
-
KPI
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), 2013) -
Petunjuk prestasi utama
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 2012) -
Prestasi sektor Pertanian, Perlis, 2018-2019
Malaysia, Jabatan Perangkaan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020-08)