Adapun dalam Taj Al Salatin
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan penanda wacana adapun yang terdapat di dalam manuskrip Melayu lama Taj Al Salatin hasil karya Bukhari Al Jauhari. Teks ini telah dihasilkan pada abad ke-16 semasa pemerintahan Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Shah Sayyid al-Mukammil (1590-1604) dengan tujuan untuk membantu baginda memerintah kerajaan Acheh dengan baik berteraskan ajaran agama Islam. Perbincangan tertumpu kepada penghuraian tentang penggunaan kata wacana adapun yang bertindak sebagai penanda wacana yang hadir di pangkal ayat dan kelas kata yang hadir selepasnya. Analisis makalah ini direalisasikan dengan menggunakan 74 data yang dijana daripada Malay Concordance Project (MCP). Kerangka yang mendasari kajian ini ialah Teori Fungsional-Sistemik sebagaimana yang dicadangkan oleh Halliday dan Hasan (1995). Kajian ini dilihat berpotensi dalam membuka satu lembaran baru kepada penyelidikan dalam struktur nahuan dengan menggunakan data manuskrip Melayu lama.
Collections
- Conference Papers [2600]