Citra wanita yang memancarkan nilai murni dalam drama Adaptasi
View/ Open
Date
2019Author
Nor Hasimah, Ismail
Nordiana, Ab. Jabar
Melor Fauzita, Md. Yusoff
Metadata
Show full item recordAbstract
Fenomena drama bersiri diadaptasi daripada novel kini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni. Pembaca akan membuat imaginasi dan kadang kala imaginasi itu tidak sama dengan kehendak penulis. Kini menerusi drama, audiens atau penonton akan dapat melihat korektor sebenar watak yang dibayangkan. Tabiat membaca masyarakat juga rendah, apabila terdapat drama adaptasi yang ditayangkan secara tidak langsung akan memupuk minat audien untuk membaca novel. Karya adaptasi bukan sekadar cerita tetapi jalan cerita yang logik, tidak ada unsur yang menyesatkan, mempunyai ilmu yang mantap dan mengandung isi yang boleh dijadikan contoh dan teladan. Kajian ini akan melihat watak wanita yang terdapat dalam karya adaptasi. Seterusnya akan menggunakan Teori Takmilah sebagai metodologi kajian. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan menganalisis drama bersiri yang diadaptasi daripada novel dan menganalisis citra wanita Melayu dalam drama bersiri yang menerapkan nilai-nilai Islam. Semua nilai murni yang dipaparkan akan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Collections
- Conference Papers [2600]