• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Kontroversi Wujudiyyah dalam sejarah perkembangan Tasawwuf di Nusantara: suatu pandangan baru

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (475.5Kb)
    Date
    2019
    Author
    Mohamad Nasrin, Nasir
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Setiap penulisan atau kajian adalah menyiasat satu masalah yang dilihat penyelidik. Masalah yang paling utama apabila kita melihat kembali ke perkembangan tasawuf dalam Bahasa Melayu atau tulisan Jawi adalah masalah wujudiyyah. Yang dimaksudkan oleh wujudiyyah atau kontroversinya adalah apa yang berlaku setelah Shaykh al-Raniri menjadi Shaykh al-Islam di Acheh pada zaman Sultan Iskandar Thani. Al-Raniri mula mengeluarkan beberapa penulisan yang mengkritik fahaman tasawuf Shaykh Hamzah Fansuri dan Shaykh Shamsuddin. Beliau juga mengeluarkan beberapa fatwa seperti yang terdapat dalam penulisan fiqahnya seperti di Sirat al-Mustaqim mengenai bagaimana golongan wujudiyyah yang beliau labelkan wujudiyyah mulhid merupakan sebahagian dari najis yang diminta untuk dibersihkan dari amalan tasawuf di nusantara. Beberapa hukuman mati dan juga pembakaran kitab-kitab tulisan tokoh-tokoh Wujudiyyah mulhid itu dilakukan di perkarangan masjid Baitul Rahman. Usaha beliau ini bertahan selama bertahun-tahun sehingga al-Raniri ditewaskan oleh Saiful Rijal seorang anak kepada Shaykh Maldin salah seorang tokoh yang telah dihukum bunuh akibat isu ini. Shaykh Abdul Rauf Singkel yang menggantikan al-Raniri tidak meneruskan polisi keras beliau. Menurut penulisan Abdul Rauf beliau tidak pernah melabel mana-mana kumpulan sebagai sesat dalam konteks bertasawwuf ini. Ada dua reaksi utama terhadap isu ini. Ada yang mengatakan ia merupakan suatu kesilapan yang dilakukan al-Raniri dalam penilaiannya terhadap wujudiyyah di Acheh tersebut atas sebab realpolitik. Ada juga yang menyatakan bahawa al-Raniri sebenarnya yang benar dan tindakannya itu adalah suatu yang diminta oleh Syariah Islam. Jadi di sini timbul suatu masalah iaitu siapakah yang benar? Kertas ini akan cuba menyingkap beberapa aspek yang tidak pernah disentuh dalam penulisan sebelum ini. Permasalahan ini boleh cuba diselesaikan dengan memahami apakah itu penyelidikan dan permasalahan dalam penyelidikan sejarah. Tulisan ini tidak bersetuju dengan pandangan bahawa persepsi itu bergantung kepada sesiapa yang melihatnya yang merupakan sikap golongan skeptisisme. Sebaliknya penyelidik mempercayai bahawa suatu pendekatan yang objektif boleh dicapai sekiranya beberapa anjakan paradigma mengenai persoalan penyelidikan dapat dilakukan terlebih dahulu.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69088
    Collections
    • Conference Papers [2599]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback