Isu Hak Asasi Manusia dalam Novel Ka-Mana Terbangnya?
Abstract
Hak asasi manusia atau kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh setiap individu di sisi undang-undang dan dianggap sebagai maruah diri seseorang. Wacana hak asasi manusia dilihat sebagai suatu fenomena baru di Malaysia. Makalah ini akan mengetengahkan Novel ‘Ka-manaTerbangnya?’ karya A. Samad Said yang menampilkan gejala pelacuran. Novel kajian dilihat sebagai satu wacana hak asasi manusia yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan hak-hak asasi manusia dalam pembentukan dinamik sosial dan budaya melalui gejala pelacuran yang ditampilkan. Karya A. Samad Said perlu dihayati dari segi pemaknaan dalamannya. Penulis mendapati penampilan faktor pelacuran dalam novel ‘Ka-manaTerbangnya?’ amat penting dan signifikan untuk dihubungkan dengan perjuangan hak asasi manusia seperti yang terkandung dalam Universal Declaration of Human Rights 1948. Seterusnya, makalah ini melihat, novel ‘Ka-manaTerbangnya?’ dapat mendidik masyarakat supaya lebih terbuka mindanya, kembali kepada kearifan tempatan, sekaligus membuktikan bahawa orang Melayu memiliki kesedaran dalam soal pembentukan sahsiah sejak dahulu untuk kepentingan sejagat di alam Melayu.
Collections
- Conference Papers [2600]