• Login
    View Item 
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    •   DSpace Home
    • The Library
    • Conference Papers
    • View Item
    JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

    Perpaduan dalam perbandingan cerpen remaja tulisan Nazel Hashim dan Ismail Sarbini

    Thumbnail
    View/Open
    Main article (582.3Kb)
    Date
    2019
    Author
    Zul Fadli, Mohd Kamal
    Shaiful Bahri, Md Radzi
    Metadata
    Show full item record
    Abstract
    Sudah 62 tahun Malaysia merdeka. Rakyat hidup aman dan damai. Peristiwa hitam, 13 Mei 1969 memberi kesedaran kepada rakyat agar menghargai perpaduan yang dikecapi. Walaupun latar belakang kaum, agama, budaya dan asal usul berbeza, masyarakat majmuk Malaysia hidup atas asas perpaduan yang kukuh, keunikan yang tidak dimiliki oleh mana-mana negara di dunia. Bagi mengukuhkan lagi nilai tersebut dalam kalangan remaja, Nazel Hashim dan Ismail Sarbini telah menerapkan nilai perpaduan dalam karya cerpen mereka. Nazel Hashim dan Ismail Sarbini merupakan dua penulis remaja. Mereka berdua merupakan seorang guru. Jiwa dan karakter pendidik dapat ditemukan secara jelas di dalam karya-karya mereka. Rasa tanggungjawab menjadi pencetus dan pemangkin dalam mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa. Kerencaman tema perpaduan yang tidak berfokus sering menghantui kebanyakan penulis tanah air dilihat tidak berlaku kepada mereka. Masakan tidak, mereka dari awal lagi menjadikan perpaduan sebagai isu utama dalam pembinaan cerita yang bertemakan ke arah perpaduan sebagai tema dominan yang digunakan dalam pembinaan naratif untuk membentuk nilai, jiwa, dan identiti pembaca, khusus ditujukan kepada kelompok pembaca remaja. Bentuk kepengarangan dan gaya pembinaan naratif itu secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan dengan cara menerapkan nilai kesepakatan dan keharmonian antara kaum dalam karya masing-masing sehingga membentuk perpaduan dalam karyanya. Tema-tema perpaduan yang berkonsepkan pengembaraan, penyiasatan, rakan karib dan pelbagai lagi begitu terserlah dan diimplementasikan secara bersahaja dengan menjadikan “Rukun Negara” sebagai paksi utama yang menjadi satu kekuatan untuk meletakkan mereka sebagai pelopor karya perpaduan yang unggul. Namun begitu terdapat perbezaan yang paling ketara yang dapat dilihat menerusi pengkaryaan mereka berdua. Perbezaan pengkaryaan mereka menonjolkan simbol perpaduan akan dibincangkan berdasarkan tema-tema yang mereka garapkan menerusi Rukun Negara yang kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Menerusi Rukun Negara tersebut, perbezaan mereka mengolah cerita-cerita yang berkaitan kesopanan dan kesusilaan itu akan dibincangkan satu persatu untuk melihat bagaimana perpaduan berjaya diwujudkan berdasarkan tema-tema tertentu untuk diterapkan dalam membentuk sahsiah para remaja.
    URI
    http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/handle/123456789/69071
    Collections
    • Conference Papers [2597]

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback
     

     

    Browse

    All of UniMAP Library Digital RepositoryCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

    My Account

    LoginRegister

    Statistics

    View Usage Statistics

    Atmire NV

    Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) | Send Feedback