UniMAP bersedia terima kemasukan pelajar mulai 1 Julai
Abstract
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuat persiapan sebaiknya untuk menerima pelajar kembali ke kampus mulai 1 Julai ini dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Naib Canselornya, Prof. Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad berkata, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), UniMAP kini bersedia sepenuhnya menerima pelajar kategori pertama iaitu pelajar pasca siswazah mod penyelidikan untuk menyambung kembali penyelidikan masing-masing.
Collections
- UniMAP Press Release [605]