Bank Islam sumbang RM30,000 kepada tabung zakat UniMAP
Abstract
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini menerima sumbangan wang zakat sebanyak RM30,000 daripada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dalam satu majlis ringkas di ruang legar Dewan Senat, Bangunan Canselori di sini, hari ini.
Cek sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Tuan Mohd Muazzam Mohamed kepada Naib Canselor UniMAP, Prof Ir. Dr. R Badlishah Ahmad.
Dr. R Badlishah berkata pihak UniMAP amat berbesar hati kerana tersenarai antara penerima sumbangan zakat Bank Islam yang sememangnya sudah terkenal sebagai institusi kewangan Islam yang kukuh di negara ini.
Collections
- UniMAP Press Release [605]