Penubuhan JPM UniMAP perkasa parlimen digital pertama IPT
Abstract
Mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) buat pertama kalinya mengadakan Persidangan Mahasiswa (PERSIMA) UniMAP secara digital menerusi GoogleMeet. Perlaksanaan modul persidangan secara dalam talian itu sebagai langkah proaktif mengangkat suara mahasiswa di universiti meskipun dunia masih lagi dikongkong penularan wabak Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Persidangan Mahasiswa UniMAP (JPMU) Mohamad Hilmi Hisyamuddin Mohamad Rosdi berkata inisiatif itu digerakkan sepenuhnya oleh mahasiswa melalui penubuhan JPMU yang dianggotai oleh mahasiswa pasca siswazah, ijazah sarjana muda dan diploma di UniMAP.
Collections
- UniMAP Press Release [605]