Di mana Graduan 2018 melanjutkan pengajian?
Abstract
Majoriti graduan UA yang melanjutkan
pengajian, iaitu sebanyak 95.7 peratus,
melanjutkan pengajian di UA semula. Sebanyak 74.0 peratus graduan IPTS
melanjutkan pengajian ke IPTS dan 15.9
peratus ke UA. Bagi graduan politeknik pula, 82.1 peratus
melanjutkan pengajian ke UA dan 6.1
peratus lagi ke IPT lain. Sebahagian besar, iaitu 67.2 peratus
graduan kolej komuniti melanjutkan
pengajian ke politeknik. Sebanyak 33.7 peratus graduan kolej
vokasional melanjutkan pengajian ke UA. Bagi graduan ILKA KSM, 37.8 peratus
melanjutkan pengajian ke Pusat Latihan
Teknologi Tinggi (ADTEC) dan 22.9 peratus
ke Institut Latihan Perindustrian (ILP). Sebanyak 24.4 peratus graduan ILKA KBS
melanjutkan pengajian ke Pusat Latihan
Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)
dan 23.0 peratus lagi ke Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN). Manakala 31.5 peratus graduan ILKA MOA
melanjutkan pengajian ke Kolej Pertanian
Malaysia (NATC), diikuti sebanyak 28.8
peratus melanjutkan pengajian ke UA. Sebanyak 23.5 peratus graduan ILKA KPLB
melanjutkan pengajian di UA dan 16.7
peratus di Kolej Kemahiran Tinggi MARA
(KKTM).