Kadar belum bekerja mengikut peringkat pengajian bagi graduan UA, 2014–2018
Abstract
Rajah 1.9b memaparkan kadar belum bekerja bagi graduan UA mengikut peringkat pengajian
bagi tahun 2014 hingga 2018. Kadar belum bekerja bagi graduan pascaijazah menunjukkan trend
yang meningkat dari tahun 2014 sehingga 2016, kemudian menurun sedikit pada tahun 2017 dan 2018.
Sebaliknya kadar belum bekerja bagi graduan ijazah pertama UA menunjukkan trend yang menurun,
iaitu daripada 32.5 peratus pada tahun 2014 kepada 24.8 peratus pada tahun 2018 . Bagi graduan diploma,
kadar belum bekerja juga menunjukkan trend menurun bermula tahun 2015 sehingga 2017, kemudian
meningkat sebanyak 1.6 peratus pada tahun 2018.