Keluaran IPTS peringkat sarjana tahun 2018 mengikut bidang pengajian, jantina dan kewarganegaraan
Abstract
Majoriti graduan sarjana di IPTS tahun 2018 berada dalam bidang sains sosial, perniagaan dan perundangan (67.0
peratus), diikuti pendidikan (11.6 peratus), kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan (8.1 peratus), dan 4.3 peratus dalam bidang sains, matematik dan komputer. Graduan lelaki melebihi graduan perempuan dalam hampir kesemua bidang, kecuali bagi bidang kesihatan dan kebajikan serta bidang pendidikan graduan perempuan melebihi lelaki. Graduan antarabangsa melebihi warganegara dalam bidang sains sosial, perniagaan dan perundangan (72.3 peratus) serta bidang sains, matematik
dan komputer sebanyak 55.8 peratus.