Penyampaian maklumat melalui pembangunan video interaktif
Date
2019Author
Nur Azila, Azahari
Hanisya, Muhammad Husni
Wan Nor Ashiqin, Wan Ali
Tengku Kastriafuddin, Tengku Yaakob
Metadata
Show full item recordAbstract
Langkawi terkenal sebagai destinasi percutian. Terdapat pelbagai tawaran pelancongan
yang disediakan di sana. Penduduk tempatan boleh mendapat manfaat bersama dengan
dapat menyediakan rumah tumpangan. Namun begitu, apabila wujudnya begitu banyak
hotel, saingan menjadi meningkat. Mereka sukar memasarkan perkhidmatan rumah
tumpangan. Selain itu, pelancong berasa selesa dengan penggunaan peta walaupun ianya
mempunyai saiz fizikal besar untuk dibawa ke mana-mana. Inisiatif penyelidik dalam
membangunkan video interaktif adalah supaya memudahkan pelancong untuk akses ke
tempat yang ingin dituju hanya melalui gadget masing masing. Model reka bentuk dan
pembangunan Alessi dan Trollip telah digunakan bagi pembangunan video interaktif. Satu
penilaian dilakukan bagi mendapatkan maklum balas video. Hasilnya merupakan
pendapat dan penambah baikan bagi video interaktif ini.