Laman sesawang interaktif: Platform pencarian taska berlesen
Date
2019Author
Nur Annisa Ardini, Anor
Wan Nor Ashiqin, Wan Ali
Nur Azila, Azahari
Metadata
Show full item recordAbstract
Laman sesawang interaktif dibangunkan untuk dijadikan sebagai platform pencarian
taska berlesen yang ada di kawasan Perlis bagi membantu golongan ibu bapa yang sibuk
bekerja dan memerlukan pengasuh yang bertauliah dan taska yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang lengkap dan mencukupi. Selain itu, masa dan tenaga serta kos dapat
dikurangkan kerana ibu bapa hanya perlu mencari secara atas talian tanpa perlu berasa
ragu akan kredibiliti taska tersebut. Pembangunan laman sesawang interaktif ini
menggunakan aplikasi yang dipanggil Wix, iaitu sebuah aplikasi untuk membangunkan
perisian sistem seperti membangunkan laman sesawang dan juga laman sesawang
interaktif. Uji lari yang dijalankan ke atas laman sesawang interaktif ini setelah fungsi
utamanya boleh beroperasi adalah uji lari Alpha dan juga uji lari Beta. Dua orang pakar
multimedia dijadikan sebagai responden kepada uji lari Alpha, manakala seramai 30
orang responden bagi uji lari Beta. Berdasarkan hasil kajian yang didapati, kebanyakan
responden memberi respon yang positif dan memberi komen serta cadangan yang boleh
dilakukan untuk menambahbaik laman sesawang interaktif yang sedia ada dengan fungsifungsi
yang lain.