Analisis kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018
Date
2019Author
Mohd Adib, Abd Muin
Mohd Sollehudin, Shuib
Azizah, Che Omar
Amirul Haqeem, Abd Ghani
Shuhairimi, Abdullah
Metadata
Show full item recordAbstract
Zakat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan dalam Islam, malah ia menjadi sumber kepada ekonomi Islam dalam meningkatkan kedudukan ekonomi, nilai sosial dan keadilan kepada masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf (fakir, miskin, amil, mualaf, arriqab, algharimin, fisabilillah dan ibn sabil). Kertas kerja ini membincangkan analisis umum terhadap jumlah kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018. Berdasarkan analisis kajian terhadap laporan tahunan dan maklumat dari Pejabat Transformasi Zakat Kedah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sebanyak RM50 juta dengan kadar 83 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Hal ini berkemungkinan akan terus meningkat hingga mencecah kepada angka RM200 juta pada tahun 2025. Dalam usaha mengembangkan zakat pendapatan di negeri Kedah, pihak LZNK perlu meneruskan kecemerlangan ini dengan memastikan kesedaran dan kepentingan melalui urus tadbir yang baik agar matlamat selari dengan visi yang telah ditetapkan.