Model gelagat pengguna Islam
Abstract
Teori gelagat pengguna yang dibangunkan oleh sarjana pemikiran barat sering
digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kajian termasuklah kajian dari
perspektif Islam. Persoalannya, adakah gelagat pengguna konvensional bersesuaian untuk
diaplikasi dalam kajian-kajian Islam? Adakah teori-teori pemikiran barat selari dengan
kehendak gelagat pengguna menurut pandangan Islam? Oleh itu, kajian ini mengkaji
keperluan gelagat pengguna Islam dan perbezaannya dengan gelagat pengguna
konvensional. Selain itu, tujuan kajian ini merupakan kajian awal mencadangkan faktorfaktor
agama dalam mengenal pasti gelagat pengguna Islam. Faktor-faktor agama yang
dicadangkan adalah faktor akidah, ibadah dan akhlak sebagai faktor utama yang
mempengaruhi gelagat pengguna Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur
untuk mengenal pasti dan menganalisis fenomena ini. Cadangan kajian lanjutan juga
turut dibincangkan.