Raja Berperlembagaan dalam konteks Sistem Politik Tradisional Melayu
Abstract
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. Istilah Raja Berperlembagaan sering ditonjolkansecara umumnya dalam konteks untuk menunjukkan bahawa Institusi Raja di Malaysia tidak lagi berkuasa mutlak seperti zaman sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. Pandangan tersebut berlaku kerana sebahagian sarjana percaya bahawa apabila Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diinstitusikan maka Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak di bawah pemerintahan bersifat feudal sebelumnya diikat dengan sebuah perlembagaan. Terdapat juga sarjana yang mendakwa bahawa Raja-Raja Melayu sudah hilang kedaulatannya apabila doktrin nasihat diperkenalkan seawal Perjanjian Pangkor 1874.